Pengenalan
Mengikut konsep, ia adalah suatu anjakan paradigma di mana perincian diabstrakkan daripada pengguna yang tidak lagi perlukan pengetahuan, kepakaran dalam, mahupun mengawal infrastruktur teknologi "di dalam awan" yang menyokong mereka. Ia selalunya melibatkan peruntukan sumber-sumber yang boleh diskalakan secara dinamik dan sering kali dimayakan sebagai satu perkhidmatan di Internet. Istilah awan digunakan sebagai satu metafora bagi Internet, berdasarkan cara Internet digambarkan di dalam gambar rajah rangkaian komputer dan merupakan pengabstrakan bagi infrastruktur yang disembunyikan di sebaliknya.Perkhidmatan pengkomputeran awan biasa membekalkan penggunaan perniagaan lazim di atas talian yang dicapai melalui pelayar web, sementara perisian dan datanya tersimpan di pelayannya.
Perkhidmatan-perkhidmatan ini dibahagikan kepada kategori-kategori berikut: Perisian sebagai sebuah Perkhidmatan(SaaS), Pengkomputeran Utiliti, Perkhidmatan Web, Pelantar sebagai sebuah Perkhidmatan (PaaS), Pembekal Khidmat Terurus (MSP), Perdagangan Perkhidmatan, dan Integrasi Internet.
Infrastruktur paling lazim untuk menjelaskan konsep pengkomputeran awan ini adalah peralatan atau aplikasi berasaskan web yang boleh diakses pengguna menerusi pelayar web. Ia seolah-olah terpasang (install) pada komputer peribadi, contoh seperti Picasa dan Picnic yang membenarkan suntingan gambar menerusi pelayar. Suntingan daripada Adobe photoshop juga boleh dilakukan tanpa memasang perisiannya menerusi adobephotoshop.com. Juga kepelbagaian aplikasi lain mengikut kemudahan dan keperluan pengguna seperti Windows Azure, Google App atau Zoho yang menawarkan suntingan dokumen. Selain itu banyak juga applikasi yang pastinya telah kita tahu cuma tidak begitu mengenalinya sebagai aplikasi di bawah konsep pengkomputeran awan.
Contoh Perisian Pengkomputeran Awan
Contoh teknologi cloud adalah aplikasi dropBox. DropBox merupakan kombinasi perkongsian file dan perhubungan rangkaian dengan gadget lain. Contohnya apabila kita menggunakan Windows, Mac OSX, Android, ataupun device yang lain, kita boleh mendapatkan berbagai file melalui DropBox.
No comments:
Post a Comment